Translate

02 August 2013

Penyakit Pokok Padi


PENYAKIT-PENYAKIT PADI DI SAWAH

Penyakit-penyakit padi yang biasa menyerang anak-anak padi di peringkat semaian ialah penyakit karah, hawar daun bakteria, bintik perang dan hawar anak benih.


Penyakit Karah Padi (Daun)
Penyakit karah ialah sejenis penyakit padi yang disebabkan oleh sejenis kulat, Phricularia oryzae.  Penyakit ini pernah berlaku di serata Semenanjung Malaysia.
Tanda-tanda penyakit mudah dilihat pada daun-daun.  Daun-daun yang diserang mempunyai bintik-bintik bulat membesar sepanjang 1 hingga 3 mm garis pusat, berwarna biru kelabu atau berbentuk bujur dan runcing di kedua-dua hujungnya.  Tengah bintik itu berwarna biru kelabu dan bahagian tepi berwarna perang atau perang kemerahan.  Ukuran, bentuk, serta warna-warna bintik berlainan mengikut jenis-jenis padi dan keadaan sekeliling.  Bintik-bintik tersebut berupa cedera yang terbenam.
Apabila serangan penyakit telah merebak, bintik-bintik besar berbentuk gelendung akan terdapat padA jenis padi yang peka.  Apabila bintik-bintik tersebut muncul di atas permukaan daun, mereka akan bertemu dan daun akan menjadi layu.  Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian anak benih.  Penyakit ini akan berlanjutan ke peringkat memecah anak, peringkat bunting dan berbunga.



Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris = Rhizoctonia solani)

Bintik berwarna kelabu, kehijauan bunder seludang atau upih daun Jika serangan teruk, bintik-bintik berjangkit keseluruh bahagian pokok.




Hawar Daun Bakteria

Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan yang mengalami banyak hujan dan mempunyai kelembapan yang tinggi.  Penyakit hawar ini disebabkan oleh bakteria, Xanthomonas oryzae yang boleh disebarkan melalui biji benih.  Kemasukan bakteria dari luar adalah melalui daun atau akar yang cedera.
Tanda-tanda penyakit akan kelihatan seminggu selepas diserang.  Tanda-tanda permukaan ialah daun menjadi kuning.  Kerosakan yang tidak sama akan kelihatan di sepanjang tepi bahagian atas daun.  Kerosakan ini bermula di sebelah atas atau dua belah tepi daun.  Kerosakan ini lekas merebak selari dengan urat-urat daun ke bahagian-bahagian sihat.  Akhirnya keseluruhan tepi daun termasuk upehnya akan menjadi kuning atau putih comot.  Tanda-tanda penyakit ini ialah hujung daun menjadi kering, menggulung ke dalam serta terpilih.

Bulir Hitam (Ustilaginoide virens)
Kulat membentuk seperti bebola berwarna kuning atau kehitaman baldu melekit pad buah padi. Tanam varieti yang tahan.  Musnahkan perumah sementara seperti Panicum sp. dan Oryzae sp.

Bintik Perang
Penyakit ini biasanya berlaku pada daun dan seludang daun.  Ianya boleh menyebabkan kematian anak semaian dari 10% hingga 58%.  Penyakit bintik perang adalah sejenis penyakit yang dibawa di dalam biji benih.  Penyakit ini disebabkan oleh cendawan Helminthosporium oryzae yang juga dikenali dengan nama Cochlio-bolus miybeanus.
Daun-daun yang diserang akan mempunyai bintik-bintik kecil yang berbentuk bulat atau bujur serta perang bertaburan di permukaannya.  Tengah bintik-bintik itu berwarna perang atau kelabu dan tepinya berwarna gelap atau perang kemerahan.  Kebanyakan bintik-bintik dikelilingi oleh gelanggang kuning.  Bila serangan teruk, bintik-bintik akan bertambah besar sehingga berukuran 2.5 mm garis pusat.  Akhirnya daun-daun akan menjadi kering dan berikutnya tanaman akan mati.
Hawar Anak Benih
Penyakit ini biasanya terdapat di tapak semaian kering.  Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kulat, Selerotium rolfsii.  Penyakit ini lazim berlaku di mana keadaan tanah mempunyai kandungan bahan organan yang tinggi.  Penyakit ini tidaklah begitu mustahak.

Pangkal batang dan akar pokok yang teruk diserang penyakit adalah berwarna gelap dan kelihatan seperti disebabkan oleh cendawan "Sclerotia" iaitu bintik-bintik tisu kulat yang berwarna perang akan terdapat pada akar-akarnya.  Anak-anak benih yang diserang akan menjadi bantut diikuti dengan warna kekuningan dan layu.  Akhirnya anak-anak padi itu akan mati.  Kesemua padi-padi baru adalah sederhana peka kepada serangan penyakit ini.


Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola)

Jalur-jalur berair jernih timbul antara urat-urat daun yang bertukar warna menjadi kekuningan dan perang serta bintik juraian bakteria pada jalur.  Jika serangan teruk seluruh daun menjadi kering.  Tanam varieti yang tahan dan musnahkan perumah sementara iaitu padi liar.

Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme)
Pokok padi mengeluarkan anak lebih tinggi daripada pokok padi normal dan daunnya berwarna hijau pucat.  Anak padi mati satu persatu.
Penyakit Merah Virus ( Klik Di Sini )
Lelompat Padi Bena Berang dan Bena Putih (Klik Di Sini)



Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702