Translate

03 August 2013

Pokok Padi - Penyakit Merah Dan Pembawanya


PENYAKIT MERAH VIRUS

Penyakit merah padi adalah sejenis penyakit padi yang serius dan disebabkan oleh virus yang dibawa oleh bena hijau Nephotetix virescens, Dist and Nephotettix nigropictus, Stal.  Penyakit ini tidak berjangkit secara mekanikal atau melalui biji benih.

Tanda-tanda kerosakan:

Tanda Kerosakan Disebabkan Virus:
Daun-daun padi yang diserang akan menunjukkan tompok-tompok pucat diantara urat-urat daun mulai dari bahagian hujung yang kemudian berubah menjadi warna jingga.  Daun juga mungkin berputar di setengah jenis padi  iaituTaichung (Native) dan Seraup 50.  Pokok padi yang diserang teruk akan tergencat dan mempunyai sistem akar yang tidak sempurna.  Biasanya pengeluaran anak padi adalah kurang.  Padi berpenyakit akan mengeluarkan buah yang tidak berisi dan berwarna perang.  Jika serangan terjadi pada peringkat awal penanaman, tanaman tidak akan memberi hasil.

Kerosakan Disebabkan Bena Hijau
Selain dari menjangkitkan virus dengan tanaman padi, bena hijau juga merosakkan tanaman padi seperti:

Ø menghisap cecair dari batang padi, jika bilangan bena hijau tinggi ianya akan mengakibatkan 'hopperburn'

Ø menyekat sistem permakanan padi dengan menyumbatkan telurnya di seludang padi.

Ø mendedahkan tanaman padi kepada serangan kulat dan bakteria di tempat ianya menghisap

Bena Hijau
Terdapat 4 jenis bena hijau iaitu:-

  • Nephotettix virescens. Dist
  • Nephotettix nigropictus, Stal
  • Nephotettix malayanus, Ishihara and Kawase
  • Nephotettix parvus, Ishihara and Kawase
Hanya N. virescens and N. nogropictus yang membawa virus penyakit merah.  Bena-bena ini terdapat di seluruh kawasan padi di Malaysia.

Bena hijau menghisap padi yang telah berpenyakit merah disamping itu ia juga menghisap sama virus.  Virus ini akan dijangkit kepada padi yang sihat semasa bena hijau menghisap padi tersebut.  Kebanyakan bena hijau menghilangkan virusnya dalam 48 jam tetapi sebilangan kecil boleh mengekalkan virus selama 4-5 hari.  Oleh demikian memusnahkan sumber jangkitan adalah penting untuk mengurangkan penyakit ini.
Telurnya dikeluarkan di seludang daun dan kebanyakan akan menetas selepas 7 hari.  Seekor bena hijau betina mengeluarkan telur 100-350 biji dan purata 253 biji.  Telur berwarna putih kelabu dan berbentuk seperti curut, ianya boleh dilihat dengan mata kasar.  Anaknya mempunyai 5 peringkat.  Tempoh peringkat anak adalah diantara 14-29 hari dan purata 17 hari.  Tempoh hidup purata untuk bena dewasa adalah 29 hari.

Contoh Telur Benu Hijau

Pokok Padi disebabkan oleh Benu Hijau


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702