Translate

Tawan Dang dan Kelebihan Nanosel

Baja Organik Tawan Dang Dan Kelebihan Nanosel

     Baja TAWAN DANG (Matahari Merah/Red Sun) merupakan Baja 100% organik dengan nutrisi lengkap yang diimport dari negara pertanian utama dunia. Ia diproses dengan Inovasi Nano (Teknologi NanoSel) berteknologi tinggi. Dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.

     Kompaun Nano-Sel adalah unsur campuran tambahan istimewa yang terkandung di dalam Baja Organik Tawan Dang ini. Kompaun ini melalui proses kimia dan fizikal untuk penstrukturan sel-sel sintetik polimer (Polimer R) daripada mineral semulajadi yang membentuk sel Patrial Amorphous melalui teknologi Nano yang menjadi ejen penyerap nutrien & mengawal perlepasan nutrien kepada tumbuhan secara kompleks.
    
     Ejen NanoSel ini menyerap nutrien secara efektif & mengawal penyaluran nutrien kepada struktur tumbuhan (akar, batang & lain-lain) secara perlahan (slow release process) sehingga 3 bulan. Struktur Patrial Amorphous ini mampu menyerap 80% nutrien & melepaskan 20% nutrien kepada tumbuhan selama beberapa minggu dan kemudian melepaskan secara berperingkat mengikut keperluan tumbuhan. Ini menghalang nutrien hilang diserap ke dalam tanah. Proses ini membantu proses pertumbuhan tanaman yang sihat & ia menjimatkan penggunaan baja dan racun.
   
     Teknologi NanoSel ini juga berfungsi menyediakan nutrien Sekunder sebagai nutrien tambahan kepada tumbuhan seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), & Sulfur (S) serta nutrien tambahan seperti Besi (Fe), Zink (Zn) dan Silika (Si) yang membentuk & pelbagai nutrien lain terutamanya Silika Oksida (SiO) yang membantu tumbuhan menyerap zat & nutrien dengan lancar.
 
     Selain itu Baja Organik Tawan Dang ini diperkayakan dengan 17 jenis Asid Amino yang membantu kadar tumbesaran & pembentukan sel-sel tumbuhan dengan cepat terutamanya pada sistem akar yang akan membentuk akar-akar kecil (akar cari makan) & sel-sel kulit baru & muda. Tanaman akan menjadi lebih kuat serta kukuh, memulihkan & menghindarkan daripada jangkitan. Ini mengurangkan kitaran masa tanaman untuk matang, dewasa, berbunga serta berbuah & cepat membesar. Hasilnya, produk tanaman yang sihat & berkualiti.


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

No comments:

Post a Comment