Translate

03 July 2013

Pengilangan Baja Tawan Dang

PROSES PENGILANGAN BAJA TAWAN DANG

Baja Tawan Dang dihasilkan dan dipasarkan oleh  P Paradise Co. Ltd. Kilang ini terletak di Tambon Takram-An, Amphoe Thammaka, Changwat Kanchanaburi.


BAHAN MENTAH:


najis haiwan seperti lembu, kambing & tahi kelawar

kulit ubi kayu, hampas kelapa sawit

pokok kacang Hamata


BAHAN MENTAH yang digunakan dalam penghasilan baja ini adalah seperti kulit ubi kayu, biji kawi, hampas kelapa sawit, kacang soya serta serat tebu, kompos campuran najis haiwan dari lembu, kambing & tahi kelawar dan bahan buangan hasil dari proses penapaian/pemeraman pelbagai hasil pertanian. Bahan tanaman mentah utama pula adalah dari penanaman pokok kacang Hamata (rumput Stylo) atau nama saintifiknya Stylo Guianensis CIAT 184 di kawasan seluas lebih 80 ekar yang mengandungi kandungan bijih besi (Iron Ore) semulajadi yang tinggi di bawah.



Campuran yang terdapat adalah daripada zat-zat semulajadi yang terhasil daripada proses pemerapan akan menghasilkan microorgisma dan dapat menghasilkan Timbunan HIMMAS.



Mikro organisma yang terpilih sebagai mikro efektif yang berguna dan memberi kesan organik pada tumbuhan adalah: Trichoderma Viride, Aspergillus Amstelodomi (Eurotium Amstelodami), Penicillium Dipontii, Bacillus Subtilis, Cellulomonas spp.  dan Streptomyces spp.


HIMMAS yang diperam yang telah cukup masa dan sempurna akan dicampurkan dengan serbuk NANO yang berkualiti tinggi secara berperingkat (slow release) sepanjang masa 3 bulan. Ini akan memberi faedah kepada tumbuhan dan tanaman.






Proses penghasilan biji baja adalah dengan menyemburkan Cecair Caitosan dan Enzim bagi membolehkan mircoorganisma yang berfaedah terhasil.





Proses terakhir adalah pemanasan biji baja  pada suhu 60 darjah celsius hingga 70 darjah celsius. Ini adalah suhu sesuai supaya microorganisma dan bahan NANO tidak mati.


 
Kemudian, baja yang dihasilkan dibungkus di dalam guni seberat 50kg perguni dan dihantar ke gudang penyimpanan sebelum dihantar kepada pengedar.


No comments:

Post a Comment