Translate

Showing posts with label Pokok Padi. Show all posts
Showing posts with label Pokok Padi. Show all posts

04 August 2013

Pokok Padi – Ulat Pengorek Batang


ULAT-ULAT PENGOREK BATANG PADI

Ulat pengorek batang padi dianggap serangga perosak yang paling penting sedikit masa dahulu.  Pada keseluruhannya serangga ini tidak lagi menjadi masalah besar kepada petani-petani kerana bilangannya sentiasa di bawah paras bahaya.  Ini disebabkan oleh amalan penanaman dua kali setahun yang menggalakkan pembiakan musuh-musuh semuljadi dan pengawalan dengan bahan kimia yang berkesan. 

Terdapat beberapa perbezaan fizikal diantara jenis-jenis ulat Pengorek Batang ini.

Edaran Hidup:

Kumpulan serangga-serangga ini mempunyai pusingan hidup penjelmaan lengkap iaitu dari telur, ulat (larva), kepompong dan dewasa.  Adalah dianggarkan serangga ini mempunyai 5 hingga 10 jenerasi setahun dan semua peringkat edaran hidup boleh dijumpai bila-bila masa sahaja.  Edaran hidup memakan masa selama 35 hingga 76 hari.

Peringkat Telur:

Penempatan telur-telur adalah bergantung pada jenis-jenis ulat pengorek batang.  Kesemua jenis serangga ini mengeluarkan telur secara berkumpul, tiap-tiap kumpulan mempunyai 50 hingga 80 biji telur.  Telur-telur ini menetas dalam masa 5-7 hari.

Peringkat Ulat:

Ulat-ulat yang baru menetas merayap ke bahagian hujung daun padi dimana mereka tinggal sekejap sahaja.  Kemudian ulat-ulat ini akan turun ke pangkal pokok melalui celah-celah upeh daun dan memakan tisu-tisunya.  Selepas satu minggu ulat-ulat ini keluar dari upeh daun dan mula pula mengorek batang padi, tinggal di dalam empulor dan melakukan kerosakan dengan memakan empulor batang.  Ulat-ulat ini bertukar kulit 5 kali dan memakan masa selama 24 hingga 46 hari.

Peringkat Kepompong:

Peringkat ini berlaku di dalam batang, jerami atau tunggul dan memakan masa selama 6-11 hari.  Peringkat ini tidak aktif atau tidak bergerak.

Peringkat Dewasa:

Kupu-kupu menjelma daripada kepompong dan keluar daripada batang padi melalui lubang yang telah dibuat di peringkat ulat.  Kupu-kupu ini berpasangan selepas sahaja mereka keluar daripada kepompong dan tidak berapa lama selepas itu kupu-kupu betina mula bertelur.  Kupu-kupu ini adalah cergas di waktu malam, tertarik pada cahaya dan kuat terbang.  Mengawan biasanya berlaku diantara pukul 7 hingga 9 malam.

Serangan dan Tanda-Tanda Serangan:
           Kupu-kupu ini tidak melakukan apa-apa kerosakan kepada tanaman padi.  Hanya ulat-ulat sahaja yang melakukan kerosakan kepada tanaman padi.  Sekiranya serangan berlaku semasa pokok padi di peringkat pertumbuhan, pucuk-pucuk tidak terbuka, bertukar menjadi keperangan dan kekeringan.  Tetapi daun-daun di bahagian bawah atau pangkal tetap menghijau dan subur.  Keadaan serangan seumpama ini dipanggil "mati pucuk" dan anak-anak padi yang diserang menjadi kering tanpa mengeluarkan tangkai buah.  Apabila ulat menyerang pokok-pokok padi yang sedang berbunga, buah-buah padi akan menjadi putih dan tidak berisi.

Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

Pokok Padi - Bena Perang Dan Bena Putih

BENA PERANG DAN BENA PUTIH
   Kedua-dua jenis ini merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan pokok dari tisu-tisu pembekal air dan makanan.  Serangan teruk mengakibatkan pokok menjadi kering dan mati serta menyebabkan hasil padi berkurangan.
   Bena Perang dan Bena Putih adalah daripada famili Delphacidae dan golongan (Order) Homopthera.  Kedua-dua bena ini mempunyai saiz badan yang agak sama tetapi berbeza dalam warna badan dan kepak.
   Kebiasannya bena perang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk daripada bena putih.  Bena perang juga diketahui sebagai pembawa penyakit virus.  Dua jenis penyakit padi yang dibawa oleh bena perang ialah penyakit kerdil rumput (grassy stunt) dan penyakit kerdil hampa (ragged stunt).  Sekarang penyakit-penyakit ini tidaklah begitu mustahak.  Bena putih belum lagi diketahui sebagai pembawa sebarang penyakit padi.




BENA PERANG
   Bena perang mempunyai pusingan hidup yang ringkas, iaitu peringkat telur, anak jelmaan dan dewasa.
Peringkat Telur:
   Bena perang dewasa betina bertelur di dalam pelepah daun secara kumpulan.  Kumpulan-kumpulan itu mempunyai antara 4-10 biji.  Telur bena perang berbentuk bujur panjang dengan bahagian hujungnya melekat antara satu sama lain.  Seekor bena perang betina boleh bertelur sebanyak 80-700 biji.  Telur-telur ini akan menetas dalam masa antara 6-8 hari dan lebih cepat pada suhu 25-30oC.
Anak Jelmaan:
   Bena perang mempunyai 5 peringkat anak jelmaan dan mengambil masa antara 2-3 minggu sebelum menjadi dewasa.  Jika keadaan sesuai, perubahan hanya mengambil masa 11-15 hari.  Pembentukan anak jelmaan adalah lebih cepat pada suhu 27-28oC.  Anak-anak jelmaan bena perang berwarna pucat dan bertukar menjadi keperangan di peringkat anak jelmaan kelima.  Anak-anak jelmaan ini menghisap cairan tumbuhan di bahagian pangkal pokok berhampiran dengan permukaan air.
Peringkat Dewasa:
   Bena perang hidup selama 16-23 hari di peringkat dewasa.  Ianya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu bersayap pendek (brachypterous) dan bersayap panjang (macropterous).  Jenis bersayap panjang mempunyai sayap berbentuk biasa, manakala jenis bersayap pendek mempunyai sayap menutupi sebahagian badannya sahaja.  Jenis bersayap pendek mempunyai saiz badan yang lebih besar daripada jenis bersayap panjang.  Kedua-dua jenis ini mempunyai warna yang sama, iatu perang muda bagi betina dan perang kehitaman bagi yang jantan.
Tanda-tanda Kerosakan:
   Bena perang menyerang pangkal rumpun padi di permukaan air.  Serangan berlaku di peringkat semaian hingga ke peringkat padi terbit.  Bena-bena dewasa dan anak jelmaannya menghisap cairan batang-batang padi dan kelopak-kelopaknya serta merosakkan saluran makanan.  Tanaman yang diserang kelihatan kurang subur; bilangan pecahan anak menjadi kurang dan pokok terbantut.  Serangan yang teruk menyebabkan daun padi menjadi kering seperti terbakar.  Ini menyebabkan kematian pokok padi dan keadaan seperti itu dipanggil 'hopperburn'.
   Sesuatu serangan merebak bena perang yang terjadi bermula dari pembiakan serangga dewasa betina bersayap panjang yang telah berhijrah ke kawasan tersebut.  Telur-telur yang menetas akan menjadi anak-anak jelmaan yang kemudian akan membesar dengan menghisap cairan pokok-pokok padi.  Anak-anak jelmaan ini akan menjadi dewasa bersayap pendek dan serangga betina jenis ini boleh bertelur dengan banyak dan ini mengakibatkan satu populasi yang besar.  Jumlah serangga dewasa dan anak jelmaan yang tinggi ini akan menyebabkan pokok-pokok padi mengalami kerosakan teruk iaitu menjadi kering.

BENA PUTIH
   Mempunyai pusingan hidup yang ringkas seperti bena perang, iaitu mempunyai peringkat telur, anak jelmaan dan dewasa.
Peringkat Telur:
   Bena betina bertelur di dalam pelepah daun.  Kumpulan telur bagi bena putih ialah di antara 7-19 biji.  Telurnya berbentuk bujur panjang dengan bahagian hujungnya tidak bersambung antara satu sama lain.  Seekor bena putih betina boleh mengeluarkan telur sebanyak 200 biji dan setengahnya boleh mengeluarkan sebanyak 300-500 biji.  Telur-telur ini akan menebas dalam masa 5-8 hari dan lebih cepat pada suhu 25-30oC.
Anak Jelmaan:
   Bena putih mempunyai 5 peringkat anak jelmaan dan mengambil masa antara 2-3 minggu sebelum menjadi dewasa.  Jika keadaan sesuai, perubahan hanya mengambil masa 11-55 hari.  Pembentukan anak jelmaan adalah cepat pada suhu 27-28oC.  Anak-anak jelmaan bena putih yang pertama adalah kecil dan berwarna putih. Anak jelmaan ini bersalin kulit menjadi anak jelmaan kedua dan seterusnya sehingga anak jelmaan kelima yang berwarna putih dengan tanda-tanda hitam di belakang badan.
   Anak jelmaan ini cergas, menghisap cairan tumbuhan di bahagian pangkal pokok berhampiran dengan permukaan air.  Biasanya anak-anak jelmaan yang baru selalu terdapat di bahagian pangkal pokok.
Peringkat Dewasa:
   Bena putih hidup selama 9-28 hari di peringkat dewasa.  Saiz badannya agak kecil sedikit daripada bena perang tetapi mempunyai sayap yang lebih panjang.  Sayapnya tera terus (transparent) dan di tengahnya terdapat bintik hitam.  Badannya berwarna hitam dan toreknya berwarna kuning pucat.
Tanda-tanda Kerosakan:
   Bena putih menyerang padi sewaktu di tapak semaian hinggalah ke peringkat matang.  Bena putih dewasa dan anak jelmaan menghisap cairan dari pokok padi dan serangan ini boleh menyebabkan daun-daun menjadi layu dan perlahan-lahan bertukar menjadi merah.  Diantara faktor-faktor yang menyebabkan serangan ialah:-
ü Penanaman padi yang pesat seperti tanaman padi dua kali setahun
ü Penanaman yang tidak serentak di dalam satu-satu kawasan
ü Penggunaan racun kimia tidak mengikut peraturan
ü Penggunaan jarak tanaman yang terlalu rapat dan banyak bilah/perdu padi
ü Penggunaan terlalu banyak baja nitrogen

ü Penggunaan jenis padi yang peka pada serangan bena ini


Kesan Serangan Benu


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

03 August 2013

Pokok Padi - Penyakit Merah Dan Pembawanya


PENYAKIT MERAH VIRUS

Penyakit merah padi adalah sejenis penyakit padi yang serius dan disebabkan oleh virus yang dibawa oleh bena hijau Nephotetix virescens, Dist and Nephotettix nigropictus, Stal.  Penyakit ini tidak berjangkit secara mekanikal atau melalui biji benih.

Tanda-tanda kerosakan:

Tanda Kerosakan Disebabkan Virus:
Daun-daun padi yang diserang akan menunjukkan tompok-tompok pucat diantara urat-urat daun mulai dari bahagian hujung yang kemudian berubah menjadi warna jingga.  Daun juga mungkin berputar di setengah jenis padi  iaituTaichung (Native) dan Seraup 50.  Pokok padi yang diserang teruk akan tergencat dan mempunyai sistem akar yang tidak sempurna.  Biasanya pengeluaran anak padi adalah kurang.  Padi berpenyakit akan mengeluarkan buah yang tidak berisi dan berwarna perang.  Jika serangan terjadi pada peringkat awal penanaman, tanaman tidak akan memberi hasil.

Kerosakan Disebabkan Bena Hijau
Selain dari menjangkitkan virus dengan tanaman padi, bena hijau juga merosakkan tanaman padi seperti:

Ø menghisap cecair dari batang padi, jika bilangan bena hijau tinggi ianya akan mengakibatkan 'hopperburn'

Ø menyekat sistem permakanan padi dengan menyumbatkan telurnya di seludang padi.

Ø mendedahkan tanaman padi kepada serangan kulat dan bakteria di tempat ianya menghisap

Bena Hijau
Terdapat 4 jenis bena hijau iaitu:-

  • Nephotettix virescens. Dist
  • Nephotettix nigropictus, Stal
  • Nephotettix malayanus, Ishihara and Kawase
  • Nephotettix parvus, Ishihara and Kawase
Hanya N. virescens and N. nogropictus yang membawa virus penyakit merah.  Bena-bena ini terdapat di seluruh kawasan padi di Malaysia.

Bena hijau menghisap padi yang telah berpenyakit merah disamping itu ia juga menghisap sama virus.  Virus ini akan dijangkit kepada padi yang sihat semasa bena hijau menghisap padi tersebut.  Kebanyakan bena hijau menghilangkan virusnya dalam 48 jam tetapi sebilangan kecil boleh mengekalkan virus selama 4-5 hari.  Oleh demikian memusnahkan sumber jangkitan adalah penting untuk mengurangkan penyakit ini.
Telurnya dikeluarkan di seludang daun dan kebanyakan akan menetas selepas 7 hari.  Seekor bena hijau betina mengeluarkan telur 100-350 biji dan purata 253 biji.  Telur berwarna putih kelabu dan berbentuk seperti curut, ianya boleh dilihat dengan mata kasar.  Anaknya mempunyai 5 peringkat.  Tempoh peringkat anak adalah diantara 14-29 hari dan purata 17 hari.  Tempoh hidup purata untuk bena dewasa adalah 29 hari.

Contoh Telur Benu Hijau

Pokok Padi disebabkan oleh Benu Hijau


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702


02 August 2013

Penyakit Pokok Padi


PENYAKIT-PENYAKIT PADI DI SAWAH

Penyakit-penyakit padi yang biasa menyerang anak-anak padi di peringkat semaian ialah penyakit karah, hawar daun bakteria, bintik perang dan hawar anak benih.


Penyakit Karah Padi (Daun)
Penyakit karah ialah sejenis penyakit padi yang disebabkan oleh sejenis kulat, Phricularia oryzae.  Penyakit ini pernah berlaku di serata Semenanjung Malaysia.
Tanda-tanda penyakit mudah dilihat pada daun-daun.  Daun-daun yang diserang mempunyai bintik-bintik bulat membesar sepanjang 1 hingga 3 mm garis pusat, berwarna biru kelabu atau berbentuk bujur dan runcing di kedua-dua hujungnya.  Tengah bintik itu berwarna biru kelabu dan bahagian tepi berwarna perang atau perang kemerahan.  Ukuran, bentuk, serta warna-warna bintik berlainan mengikut jenis-jenis padi dan keadaan sekeliling.  Bintik-bintik tersebut berupa cedera yang terbenam.
Apabila serangan penyakit telah merebak, bintik-bintik besar berbentuk gelendung akan terdapat padA jenis padi yang peka.  Apabila bintik-bintik tersebut muncul di atas permukaan daun, mereka akan bertemu dan daun akan menjadi layu.  Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian anak benih.  Penyakit ini akan berlanjutan ke peringkat memecah anak, peringkat bunting dan berbunga.



Hawar Seludang (Thanatephorus cucumeris = Rhizoctonia solani)

Bintik berwarna kelabu, kehijauan bunder seludang atau upih daun Jika serangan teruk, bintik-bintik berjangkit keseluruh bahagian pokok.




Hawar Daun Bakteria

Penyakit ini biasanya berlaku di kawasan yang mengalami banyak hujan dan mempunyai kelembapan yang tinggi.  Penyakit hawar ini disebabkan oleh bakteria, Xanthomonas oryzae yang boleh disebarkan melalui biji benih.  Kemasukan bakteria dari luar adalah melalui daun atau akar yang cedera.
Tanda-tanda penyakit akan kelihatan seminggu selepas diserang.  Tanda-tanda permukaan ialah daun menjadi kuning.  Kerosakan yang tidak sama akan kelihatan di sepanjang tepi bahagian atas daun.  Kerosakan ini bermula di sebelah atas atau dua belah tepi daun.  Kerosakan ini lekas merebak selari dengan urat-urat daun ke bahagian-bahagian sihat.  Akhirnya keseluruhan tepi daun termasuk upehnya akan menjadi kuning atau putih comot.  Tanda-tanda penyakit ini ialah hujung daun menjadi kering, menggulung ke dalam serta terpilih.

Bulir Hitam (Ustilaginoide virens)
Kulat membentuk seperti bebola berwarna kuning atau kehitaman baldu melekit pad buah padi. Tanam varieti yang tahan.  Musnahkan perumah sementara seperti Panicum sp. dan Oryzae sp.

Bintik Perang
Penyakit ini biasanya berlaku pada daun dan seludang daun.  Ianya boleh menyebabkan kematian anak semaian dari 10% hingga 58%.  Penyakit bintik perang adalah sejenis penyakit yang dibawa di dalam biji benih.  Penyakit ini disebabkan oleh cendawan Helminthosporium oryzae yang juga dikenali dengan nama Cochlio-bolus miybeanus.
Daun-daun yang diserang akan mempunyai bintik-bintik kecil yang berbentuk bulat atau bujur serta perang bertaburan di permukaannya.  Tengah bintik-bintik itu berwarna perang atau kelabu dan tepinya berwarna gelap atau perang kemerahan.  Kebanyakan bintik-bintik dikelilingi oleh gelanggang kuning.  Bila serangan teruk, bintik-bintik akan bertambah besar sehingga berukuran 2.5 mm garis pusat.  Akhirnya daun-daun akan menjadi kering dan berikutnya tanaman akan mati.
Hawar Anak Benih
Penyakit ini biasanya terdapat di tapak semaian kering.  Penyakit ini disebabkan oleh sejenis kulat, Selerotium rolfsii.  Penyakit ini lazim berlaku di mana keadaan tanah mempunyai kandungan bahan organan yang tinggi.  Penyakit ini tidaklah begitu mustahak.

Pangkal batang dan akar pokok yang teruk diserang penyakit adalah berwarna gelap dan kelihatan seperti disebabkan oleh cendawan "Sclerotia" iaitu bintik-bintik tisu kulat yang berwarna perang akan terdapat pada akar-akarnya.  Anak-anak benih yang diserang akan menjadi bantut diikuti dengan warna kekuningan dan layu.  Akhirnya anak-anak padi itu akan mati.  Kesemua padi-padi baru adalah sederhana peka kepada serangan penyakit ini.


Jalur Daun Bakteria (Zanthomonas oryzicola)

Jalur-jalur berair jernih timbul antara urat-urat daun yang bertukar warna menjadi kekuningan dan perang serta bintik juraian bakteria pada jalur.  Jika serangan teruk seluruh daun menjadi kering.  Tanam varieti yang tahan dan musnahkan perumah sementara iaitu padi liar.

Bakanae (Gibberella fujikuroi = Fusarium moniliforme)
Pokok padi mengeluarkan anak lebih tinggi daripada pokok padi normal dan daunnya berwarna hijau pucat.  Anak padi mati satu persatu.
Penyakit Merah Virus ( Klik Di Sini )
Lelompat Padi Bena Berang dan Bena Putih (Klik Di Sini)



Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

13 July 2013

Pokok Padi dan Baja Tawan Dang

TANAMAN PADI MENGGUNAKAN BAJA TAWAN DANG DAN HASILNYA

Benih padi yang telah direndam cecair Baja Tawan Dang dan disejatkan kemudian telah dicampur dengan serbuk nano sebelum ditabur.

Tanaman padi  benih padi telah tumbuh pada peringkat awalan

 Pada peringkat pertumbuhan awal, baja Tawan Dang akan di tabur buat kali pertama selepas 2 minggu padi ditabur. Pada peringkat ini adalah kesan pertumbuhan padi secara aktif  yang menggunakan baja Tawan Dang.

Perbezaan akar padi yang menggunakan baja Tawan Dang (kiri) dengan padi tidak menggunakan baja Tawan Dang (kanan)

 
Peringkat pertumbuhan yang aktif. Pokok padi tumbuh dengan subur
 
Akar padi yang menunjukkan pertumbuhan akar yang banyak hasil dari penggunaan baja Tawan Dang

Peringkat padi sedang mengeluarkan padi (peringkat padi terbit dan peringkat pendebungaan)


Kesan akar padi yang menunjukkan pertumbuhan akar yang banyak hasil dari penggunaan baja Tawan Dang yang ditabur pada peringkat pertama. Antara 50 hari hingga 70 hari baja Tawan Dang akan ditabur pada peringkat kedua (peringkat padi sedang bunting)
 
Peringkat masak aktif, pada peringkat ini kandungan spikelet mula berair kemudian bertukar menjadi susu sehingga membeku

Peringkat ini padi mula menunduk ke arah pukul 2 atau pukul 3.
 


Peringkat padi masak, padi menunduk ke arah pukul 4 atau 5.
Bagi mengelakkan kerugian hasil, tuai tanaman apabila 85% padi masak kekuningan dan tahap kelembapan pada 20%-22% supaya padi tidak mudah relai semasa menuai.