Translate

Showing posts with label Makhluk Perosak Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Makhluk Perosak Tanaman. Show all posts

11 August 2013

Pokok Mangga - Serangga Perosak Pokok

PEROSAK POKOK MANGGA

·         Kumbang belangkas (Hypormeces squamosus)

Memakan pucuk, daun muda dan tangkai buah yang belum matang.  Buah akan luruh awal dan tidak akan masak walaupun diperam.  Balut buah di peringkat kecil.  Sembur dengan dizinon atau cypermethrin. 

·         Kumbang pengerat pucuk (Deporaus marginatus)

Menyerang tanaman pada peringkat berpucuk.  Sebur dengan carbaryl, cypermethrin, deltamethrin atau dichlorvos. 

·         Kumbang curculion (Alcidodes spp.)

Menyerang pucuk muda.  Terdapat tanda hitam memanjang di bahagian tangkai pucuk.  Pucuk akan bantut dan mati.

·         Kumbang pengorek buah (Cryptorrjynchus mangiferae)

Mengorek lubang di peringkat putik lagi.  Lubang akan tertutup apabila buah semakin besar. 

·         Ulat pengorek pucuk (Chlumetia transversa)

Larva mengorek bahagian pucuk dan terus memakan bahagian tengah tangkai pucuk. Pucuk menjadi kecut dan mati.
 

·         Ulat pengorek batang (Rhytidodera simulans)

Menyerang pokok matang.  Ulat yang menetas di dalam ranting mengorek masuk ke dalam pucuk dan terus menuju ke dalam batang.  Ranting atau dahan yang diserang mempunyai lubang-lubang dan daun layu atau mati.  Cantas dan musnah ranting yang diserang.  Kawalan dengan racun serangga seperti malathion atau carbaryl.  Masukkan paradichlorobenzene (ubat gegat) yang hancur ke dalam lubang, ditutup dengan tanah liat. 

·         Lelompat daun (Idioscopus nitidulus)

Dewasa dan nimfa menghisap sap dari daun muda, menjadikan daun kecil.  Kawalan dengan imidachloprid, carbaryl atau cypermethrin. 

·         Lalat Buah (Bactrocera dorsalis)

Menyerang buah yang hampir masak menjadikannya busuk dan berair.  Bungkus buah di peringkat sebesar telur ayam.  Guna umpan protein dicampur dengan racun serangga.  Sembur dengan acephate, cypermethrin, deltamethrin, dimethoate atau fenthion.


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

Pokok Lada - Serangga Perosak


Serangga PEROSAK POKOK LADA


Tanaman lada mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit.  Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman lada pada semua peringkat pertumbuhan.




·       Kutu Daun:  Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid


·       Hamama Merah:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah. Sembur racun  seperti dicofol atau malathion

·       Afid:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga lada.  Serangan menyebabkan daun  berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut.  Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

·       Kutu Trip:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga.  Akibatnya daun menjadi kecil dan bentuk daun melengkung ke atas.  Kutu trip juga boleh menyebar virus.

·       Hama:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.

·       Pengorek Buah:  Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.

·       Ulat Ratus:  Makan daun dan buah.

·       Lalat Buah:  Bertelur di kulit buah.  Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi  busuk dan berair.

Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih lada hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga.  Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman lada.  Ini penting kerana anak-anak benih lada yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat.  Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula.  Tambahan pula anak-anak benih lada yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.

Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar.  Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman lada.  Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang.  Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.

Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-

  • Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;
  • Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
  • Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
  • Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis.

Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok lada.  Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip.  Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja.  Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.

Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah lada boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah.  Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut.  Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.

Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman lada seperti kumbang, kura-kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.  Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.

Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman lada secara kecil-kecilan, sistem tanaman berbilang seperti selingan antara lada dengan jagung boleh diamalkan.  Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga.  Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung.  Secara tidak langsung, kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman lada.  Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman lada secara sistem selingan antara jagung dengan lada, perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih lada diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.

Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam lada harus sedar bahawa spek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.


Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702

04 August 2013

Pokok Padi – Ulat Pengorek Batang


ULAT-ULAT PENGOREK BATANG PADI

Ulat pengorek batang padi dianggap serangga perosak yang paling penting sedikit masa dahulu.  Pada keseluruhannya serangga ini tidak lagi menjadi masalah besar kepada petani-petani kerana bilangannya sentiasa di bawah paras bahaya.  Ini disebabkan oleh amalan penanaman dua kali setahun yang menggalakkan pembiakan musuh-musuh semuljadi dan pengawalan dengan bahan kimia yang berkesan. 

Terdapat beberapa perbezaan fizikal diantara jenis-jenis ulat Pengorek Batang ini.

Edaran Hidup:

Kumpulan serangga-serangga ini mempunyai pusingan hidup penjelmaan lengkap iaitu dari telur, ulat (larva), kepompong dan dewasa.  Adalah dianggarkan serangga ini mempunyai 5 hingga 10 jenerasi setahun dan semua peringkat edaran hidup boleh dijumpai bila-bila masa sahaja.  Edaran hidup memakan masa selama 35 hingga 76 hari.

Peringkat Telur:

Penempatan telur-telur adalah bergantung pada jenis-jenis ulat pengorek batang.  Kesemua jenis serangga ini mengeluarkan telur secara berkumpul, tiap-tiap kumpulan mempunyai 50 hingga 80 biji telur.  Telur-telur ini menetas dalam masa 5-7 hari.

Peringkat Ulat:

Ulat-ulat yang baru menetas merayap ke bahagian hujung daun padi dimana mereka tinggal sekejap sahaja.  Kemudian ulat-ulat ini akan turun ke pangkal pokok melalui celah-celah upeh daun dan memakan tisu-tisunya.  Selepas satu minggu ulat-ulat ini keluar dari upeh daun dan mula pula mengorek batang padi, tinggal di dalam empulor dan melakukan kerosakan dengan memakan empulor batang.  Ulat-ulat ini bertukar kulit 5 kali dan memakan masa selama 24 hingga 46 hari.

Peringkat Kepompong:

Peringkat ini berlaku di dalam batang, jerami atau tunggul dan memakan masa selama 6-11 hari.  Peringkat ini tidak aktif atau tidak bergerak.

Peringkat Dewasa:

Kupu-kupu menjelma daripada kepompong dan keluar daripada batang padi melalui lubang yang telah dibuat di peringkat ulat.  Kupu-kupu ini berpasangan selepas sahaja mereka keluar daripada kepompong dan tidak berapa lama selepas itu kupu-kupu betina mula bertelur.  Kupu-kupu ini adalah cergas di waktu malam, tertarik pada cahaya dan kuat terbang.  Mengawan biasanya berlaku diantara pukul 7 hingga 9 malam.

Serangan dan Tanda-Tanda Serangan:
           Kupu-kupu ini tidak melakukan apa-apa kerosakan kepada tanaman padi.  Hanya ulat-ulat sahaja yang melakukan kerosakan kepada tanaman padi.  Sekiranya serangan berlaku semasa pokok padi di peringkat pertumbuhan, pucuk-pucuk tidak terbuka, bertukar menjadi keperangan dan kekeringan.  Tetapi daun-daun di bahagian bawah atau pangkal tetap menghijau dan subur.  Keadaan serangan seumpama ini dipanggil "mati pucuk" dan anak-anak padi yang diserang menjadi kering tanpa mengeluarkan tangkai buah.  Apabila ulat menyerang pokok-pokok padi yang sedang berbunga, buah-buah padi akan menjadi putih dan tidak berisi.

Ingin Menjana Pendapatan Sampingan Klik Di Sini http://www.theweeklypay.com/index.php?share=233702