Translate

Showing posts with label Baja Tawan Dang. Show all posts
Showing posts with label Baja Tawan Dang. Show all posts

03 July 2013

Pengilangan Baja Tawan Dang

PROSES PENGILANGAN BAJA TAWAN DANG

Baja Tawan Dang dihasilkan dan dipasarkan oleh  P Paradise Co. Ltd. Kilang ini terletak di Tambon Takram-An, Amphoe Thammaka, Changwat Kanchanaburi.


BAHAN MENTAH:


najis haiwan seperti lembu, kambing & tahi kelawar

kulit ubi kayu, hampas kelapa sawit

pokok kacang Hamata


BAHAN MENTAH yang digunakan dalam penghasilan baja ini adalah seperti kulit ubi kayu, biji kawi, hampas kelapa sawit, kacang soya serta serat tebu, kompos campuran najis haiwan dari lembu, kambing & tahi kelawar dan bahan buangan hasil dari proses penapaian/pemeraman pelbagai hasil pertanian. Bahan tanaman mentah utama pula adalah dari penanaman pokok kacang Hamata (rumput Stylo) atau nama saintifiknya Stylo Guianensis CIAT 184 di kawasan seluas lebih 80 ekar yang mengandungi kandungan bijih besi (Iron Ore) semulajadi yang tinggi di bawah.



Campuran yang terdapat adalah daripada zat-zat semulajadi yang terhasil daripada proses pemerapan akan menghasilkan microorgisma dan dapat menghasilkan Timbunan HIMMAS.



Mikro organisma yang terpilih sebagai mikro efektif yang berguna dan memberi kesan organik pada tumbuhan adalah: Trichoderma Viride, Aspergillus Amstelodomi (Eurotium Amstelodami), Penicillium Dipontii, Bacillus Subtilis, Cellulomonas spp.  dan Streptomyces spp.


HIMMAS yang diperam yang telah cukup masa dan sempurna akan dicampurkan dengan serbuk NANO yang berkualiti tinggi secara berperingkat (slow release) sepanjang masa 3 bulan. Ini akan memberi faedah kepada tumbuhan dan tanaman.






Proses penghasilan biji baja adalah dengan menyemburkan Cecair Caitosan dan Enzim bagi membolehkan mircoorganisma yang berfaedah terhasil.





Proses terakhir adalah pemanasan biji baja  pada suhu 60 darjah celsius hingga 70 darjah celsius. Ini adalah suhu sesuai supaya microorganisma dan bahan NANO tidak mati.


 
Kemudian, baja yang dihasilkan dibungkus di dalam guni seberat 50kg perguni dan dihantar ke gudang penyimpanan sebelum dihantar kepada pengedar.


02 July 2013

Tawan Dang dan Kelebihan Nanosel

Baja Organik Tawan Dang Dan Kelebihan Nanosel

     Baja TAWAN DANG (Matahari Merah/Red Sun) merupakan Baja 100% organik dengan nutrisi lengkap yang diimport dari negara pertanian utama dunia. Ia diproses dengan Inovasi Nano (Teknologi NanoSel) berteknologi tinggi. Dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.

     Kompaun Nano-Sel adalah unsur campuran tambahan istimewa yang terkandung di dalam Baja Organik Tawan Dang ini. Kompaun ini melalui proses kimia dan fizikal untuk penstrukturan sel-sel sintetik polimer (Polimer R) daripada mineral semulajadi yang membentuk sel Patrial Amorphous melalui teknologi Nano yang menjadi ejen penyerap nutrien & mengawal perlepasan nutrien kepada tumbuhan secara kompleks.
    
     Ejen NanoSel ini menyerap nutrien secara efektif & mengawal penyaluran nutrien kepada struktur tumbuhan (akar, batang & lain-lain) secara perlahan (slow release process) sehingga 3 bulan. Struktur Patrial Amorphous ini mampu menyerap 80% nutrien & melepaskan 20% nutrien kepada tumbuhan selama beberapa minggu dan kemudian melepaskan secara berperingkat mengikut keperluan tumbuhan. Ini menghalang nutrien hilang diserap ke dalam tanah. Proses ini membantu proses pertumbuhan tanaman yang sihat & ia menjimatkan penggunaan baja dan racun.
   
     Teknologi NanoSel ini juga berfungsi menyediakan nutrien Sekunder sebagai nutrien tambahan kepada tumbuhan seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), & Sulfur (S) serta nutrien tambahan seperti Besi (Fe), Zink (Zn) dan Silika (Si) yang membentuk & pelbagai nutrien lain terutamanya Silika Oksida (SiO) yang membantu tumbuhan menyerap zat & nutrien dengan lancar.
 
     Selain itu Baja Organik Tawan Dang ini diperkayakan dengan 17 jenis Asid Amino yang membantu kadar tumbesaran & pembentukan sel-sel tumbuhan dengan cepat terutamanya pada sistem akar yang akan membentuk akar-akar kecil (akar cari makan) & sel-sel kulit baru & muda. Tanaman akan menjadi lebih kuat serta kukuh, memulihkan & menghindarkan daripada jangkitan. Ini mengurangkan kitaran masa tanaman untuk matang, dewasa, berbunga serta berbuah & cepat membesar. Hasilnya, produk tanaman yang sihat & berkualiti.

Kelebihan Baja Tawan Daeng

KELEBIHAN ORGANIK BAJA TAWAN DANG

 

Baja TAWAN DANG (Matahari Merah/Red Sun) merupakan Baja 100% organik dengan nutrisi lengkap yang diimport dari negara pertanian utama dunia. Ia diproses dengan Inovasi Nano (Teknologi NanoSel) berteknologi tinggi. Dapat mengurangkan hampir separuh penggunaan racun dan baja biasa malah meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.

Terdapat banyak unsur-unsur nutrien yang penting diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan terkandung di dalam BAJA TAWAN DANG.

NUTRIEN UTAMA
Nitrogen (N)
Merangsangkan kadar pertumbuhan dan pembentukan sistem akar, batang dan pertumbuhan (vegatatif) daun. Meningkatkan pembiakan mikroorganisma dalam tanah.

Fosforus (P)
Meningkatkan proses fotosentesis dan sistem akar. Membantu pertumbesaran bunga dan buah.
Kalium (K)
Meningkatkan penyerapan serta penyampaian nutrien pada pokok dan mengawal asid-base. Memberi ketahanan pokok dari penyakit.

NUTRIEN SEKUNDER
Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sulfur (S), Besi (Fe), Mangan (Mn), Kuprum (Cu), Zink (Zn), Boron (B), Molybdenum (Mb), Klorin (Cl), bahan pengawalan pH tanah (seperti:- Serbuk Batu Kapur), Chitosan (bahan organis dari hasil laut), campuran unsur bio-organik terdiri daripada Efektif Mikroorganisma (seperti Bacillus Subtilis, Aspergillus).


Kelebihan BAJA TAWAN DANG ialah:

  • Baja 100% organik dengan nutrisi lengkap untuk tanaman (Nutrien Utama, Nutrien Sekunder & Nutrien Tambahan) berteknologi tinggi dan mesra alam.
  • Menguraikan sisa (baja) kimia dan organik dalam tanah 
  • Mengimbangi struktur & meneutralkan status (pH) tanah.
  • Memperbaiki dan menguraikan struktur tanah yang mampat dan pejal kepada berongga untuk mempermudahkan penyerapan nutrien.
  • Membantu mempercepatkan kadar pertumbuhan tanaman.
  • Membentuk sel baru dan memperkuatkan sel kulit pokok (meningkatkan hasil dan ketumpatan susu getah dengan peningkatan bacaan DRC yang tinggi)
  • Agen penyembuh dan pencegah penyakit pada tumbuhan seperti tunggul reput dan penyakit lain yang disebabkab serangga, kulat dan bakteria perosak.
  • Mengurangkan penggunaan baja kimia & menambahkan hasil pengeluaran dengan kos yang lebih rendah.

 

 BAJA TAWAN DANG ADALAH PEMBINA AKAR BARU

“Baja TAWAN DANG ini membina akar baru dengan banyak pada pangkal pokok kelapa sawit ini walaupun pokok sudah besar atau tua”

“Akar bercambah dengan banyak dan luarbiasa apabila padi menggunakan baja TAWAN DANG. Percambahan akar-akar ini boleh meningkatkan lagi hasil tuaian petani dan membina ketahanan yang kuat pada pokok dari serangan serangga serta bakteria perosak (seperti siput gondang), batang padi yang keras serta kuat juga menyebabkan pokok tidak rebah akibat padi masak dan isi padi iaitu beras lebih padat, berisi & berkualiti”